Thursday, March 29, 2007

Strategi Am Sekolah

1. Menepati masa (mendahului masa = bersedia lebih awal)

2. Menghargai masa (penggunaan masa semaksimanya)

3. Meningkatkan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam P & P.

4. Meningkatkan penggunaan bahan sumber seperti BBM, Perpustakaan,
Penggunaan Bilik Sains, Makmal Komputer, dan Bilik Tayang.

5. Mewujudkan sistem penyeliaan yang berkesan.

6. Meningkatkan Ilmu Kemahiran Guru dan Staf.

7. Mesyuwarah sebagai kaedah kerja berpasukan.

8. Sentiasa proaktif dalam tindakan.

9. Meningkatkan rasa hormat-menghormati dan nilai harga diri
(Bertemu memberkan ucapan, bersalaman, memberi penghargaan).

10. Meningkatkan disiplin semua warga SKMT.

11. Mewujudkan profil am murid.

12. Menyelenggarakan rekod prestasi murid dengan sistematik.

13. Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat.

14. Mengadakan hubungan kerjasama dengan agensi luar.

15. Mewujudkan iklim yang kondusif.

Wednesday, March 28, 2007

Piagam Pelanggan


KAMI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH DENGAN PENUH TEKAD, ILTIZAM, DAN SEMANGAT KENTAL BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :


1. Memastikan semua kanak - kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat
tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru.

2. Memberi peluang yang sama kepada setiap murid tanpa mengira latar
belakang, agama, dan keturunan dalam semua aktiviti.

3. Memastikan semua murid dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam keadaan yang kondusif.

4. Memastikan deringan telefon tidak melebihi 3X untuk dijawab.

5. Memastikan permohonan diproses dalam masa 3 hari.

6. Memastikan layanan baik, cekap, mesra, bijaksana, dan berkesan.

7. Memastikan semua keperluan perkhidmatan disempurnakan sebelum tarikh akhir.

8. Prihatin kepada arahan, saranan dan isu - isu pendidikan yang dikemukakan.

9. Mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak yang berurusan.

10. Sentiasa sedia dan sanggup menerima pandangan, syor, dan teguran yang
membina dari semua pihak demi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan pengurusan.

11. Mengembalikan semuala kegemilangan dan martabat profession keguruan.




Moto, Visi dan Misi Sekolah

Moto Sekolah


"Dengan Semangat Kental SKMT MAJU TERUS"


Visi Sekolah


Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah
akan menjadi sekolah Terbilang menjelang tahun 2010


Misi Sekolah


Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya.


1. Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti P&P yang berkesan.

2. Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui program bina insan yang efisyen dan efektif.

3. Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui perancangan dan aktiviti yang inovatif.

4. Berusaha meningkatkan keceriaan dan keselamatan melalui penglibatan semua pihak 'stakeholders'.

5. Berusaha meningkatkan pentadbiran dan pengurusan melalui 'TQM'.




Monday, March 26, 2007

Mantan Guru Besar



Senarai Guru Besar

Lagu Sekolah

Kamilah warga SKMT

Bersama berikrar dan berjanji

Mengajar, belajar sesungguh hati

Untuk pelita hidup kami.

Ilmu yang dipelajari

Kami tak akan persiakan

Pesanan dan nasihat guru kami

Akan tetap kami amalkan.

“Ilmu Jamin Hidup”

Adalah moto sekolah kami

“Semangat kental maju terus”

Adalah falsafah SKMT.

Falsafah Pendidikan Negara

Menjadi Wawasan Kita

Berketrampilan, berakhlak mulia

Menuju Malaysia Jaya.


Lirik :


Tn. Hj. Ishak b. Husin, PJK

Pn. Zainah bt. Hashim

Guru – guru SKMT


Lagu :


Pn. Ling Siew Ching

27.08.1996

Bendera Sekolah


Warna Merah

melambangkan keberanian, pengorbanan, dan kesungguhan yang menjadi asas kepada pembinaan keyakinan diri insan untuk mencipta kegemilangan bagi mencipta SKMT terbilang.


Warna Kuning

melambangkan kedaulatan undang – undang dan peraturan serta kestabilan yang menyumbang kepada pembinaan sahsiah terpuji.

Lencana Sekolah


MAKSUD WARNA PADA LENCANA SEKOLAH


1. Hijau muda
melambangkan kedamaian persekitaran yang mewujudkan keadaan kondusif untuk kesuburan minda dan ilmu yang menyumbang kepada kegemilangan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

2. Biru laut melambangkan keamanan, kesejahteraan,
dan perpaduan yang menghasilkan Sekolah Selamat
untuk pelaksaan semua aktiviti.

3. Kuning melambangkan kedaulatan undang – undang dan peraturan serta kestabilan yang menyumbang kepada pembinaan sahsiah terpuji.

4. Merah melambangkan keberanian, pengorbanan, dan kesungguhan yang menjadi asas kepada pembinaan keyakinan diri insan untuk mencipta kegemilangan bagi mencipta SKMT terbilang.

5 .Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan yang menjadi teras amalan.

MAKSUD LAMBANG PADA LENCANA SEKOLAH

1. Buku berwarna putih melambangkan kesucian ilmu. Keyakinan kita hanya dengan berkonsepkan kesucian ilmu, cogan kata Ilmu Jamin Hidup” menjadi kenyataan.

2. Bunga Padi melambangkan kesuburan. Menurut resam padi makin tunduk makin berisi”. Sifat merendah diri ini menunjukkan sifat syukur dan takwa bagi insan yang subur ilmu dan mindanya.

3. Obor melambangkan semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang iaitu akademik, sahsiah, dan kokurikulum berasaskan ilmu.

4. Alat Permainan melambangkan kepentingan sukan dan permainan dalam membina jasmani, emosi, rohani dan intelek yang gemilang.

Sunday, March 25, 2007

Sejarah Sekolah

Sekolah ini berasal dari sebuah sekolah yang telah didirikan lebih kurang pada 1890 oleh tokoh tempatan masa itu yang bernama Bilal Lesai. Beliau adalah seorang ahli ibadah dan mahir dengan sejarah tempatan. Sekolah Sungai Baru ini telah didirikan di Jalan Durian Daun di tepi jalan raya yang sekarang adalah tapak rumah Allahyarham Cikgu Zaunudin b. Md. Din. Maklumat asal yang diperolehi, bangunan sekolah ini diperbuat daripada buluh sahaja.

Kemudian sekolah ini berpindah ke sekolah yang dibina di pekan Masjid Tanah dan bangunan sekolah ini telah menjadi bangunan MARA. Sekolah ini beratap genting, bertiang dan berdinding kayu. Di hadapan sekolah dipagari dengan pokok bunga raya. Keadaan sekolah ini tidak luas untuk menampung bilangan murid yang sentiasa bertambah. Akhirnya dibina pula sekolah yang ada sekarang ini. Sekolah yang ada sekarang ini telah mula digunakan pada 21.04.1926. Bilangan murid pada masa itu lebih kurang 180 orang dengan 8 orang guru. Bilangan kelas hanya dari tahun 1 hingga tahun 5 . Guru Besar yang pertama pada masa itu ialah Allahyarham Cikgu Abdul Samad b. Tahir . Pemilik asal tanah ialah Allahyarham Puan Chikmah bt. Saidin dan keluasan tanah ini iaitu 1 ekar 1 rod 8 pol, kedudukan tanah ini di Lot MT 57.

Kemudiannya bangunan tambahan yang mempunyai 5 bilik darjah telah dibina pada tahun 1952 dan dikenali sebagai “sekolah rakyat”. Perbelanjaan bagi membina bangunan itu ialah sebanyak RM 6000.00. Wang ini diperolehi melalui hasil gotong – royong penduduk tempatan sebanyak RM 3000.00 dan baki RM 3000.00 lagi ialah bantuan daripada kerajaan. Pembinaan bangunan tambahan diusahakan oleh bekas guru besar pada masa itu iaitu Tuan Hj. Baba b. Othman.

Seterusnya pada 17.11.1962 sebuah bangunan tambahan dua tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah telah dibina dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Encik Abdul Ghafar b. Baba. Guru besar ketika itu ialah Tuan Hj. Hassan b. Abdullah . Padang permainan sekolah pada Lot MT. 127 yang berkeluasan 1 ekar 2 rod 1 pol diperolehi pada 28.03.1966. Pemilik asal tanah ialah Puan Nyenah bt. Dobing. Padang ini telah digunakan untuk bersenam dan mula digunakan sebagai gelanggang olahraga tahunan sekolah tahun 1975.

Pada tarikh 09.07.1984 bangunan lama telah dirobohkan kerana terlalau uzur dan digantikan dengan sebuah bangunan baru 3 tingkat. Bangunan baru telah mula digunakan pada 16.01.1985 dan perasmiannya telah dilakukan oleh bekas murid YBhg. Tan Sri Abdul Rahman b. Hj. Arshad yang ketika itu berjawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sekolah ini menerima perubahan dari zaman sebelum Jepun, zaman penjajahan Jepun, pemerintahan British hingga zaman kemerdekaan.

Nama sekolah ini berubah :

21. 04.1926 - Sungai Baru Vernacular School

29.02.1948 - Masjid Tanah Vernacular School

1957 - Sekolah Umum Masjid Tanah

1962 - Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah hingga sekarang